Tuesday, November 3, 2009

Buku II : Menjawab Persoalan MAKHLUK HALUS

(Sila klik pada tajuk di atas untuk imej lebih jelas)

Kaitannya dengan Penyakit dan Pengubatan
Bersama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din - Pengasas DARUSSIFA'



Sekali lagi masih Baru dan Panas dari DARUSSYIFA'. Buku ini telah dilancarkan 2 minggu yang lalu iaitu pada 26hb Jun 2009 bersamaan hari Isnin dihadapan kira-kira 400 orang pelajar perubatan Islam kumpulan ke 21 selepas Majlis Zikir.

ISI KANDUNGAN BUKU INI
======================

BAB-1: PERSOALAN UMUM BERKAITAN MAKHLUK HALUS
BAB-2: PERSOALAN BERKAITAN JIN, BUNIAN, QARIN DAN SAKA
BAB-3: PERSOALAN BERKAITAN TANGKAL
BAB-4: PERSOALAN BERKAITAN SIHIR
BAB-5: PERSOALAN BERKAITAN ILMU GHAIB
BAB-6: PERSOALAN UMUM
BAB-7: DOA-DOA DAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Ilmu yang harus kita semua yakini dan percaya kerana ia merupakan salah satu cabang rukun iman yang wajib kita imani. Walaupun, kita telah berada di zaman Teknologi semakin canggih namun kita tidak boleh sangkal semua perkara yang berlaku disekeliling kita berkemungkinan adalah berpunca daripada 'makhluk' Allah yang ini. Silalah dapatkan naskah buku ini untuk mendapatkan ilmu selanjutnya.

Hasil tulisan Tuan Guru Dato' ini merupakan kompilasi atau koleksi jawapan beliau yang pernah ditanya oleh masyarakat umum di dalam satu ruangan akhbar Harakah berkaitan Makhluk Halus.

Jangan lepaskan peluang ini dengan menjadikan buku ini juga sebagai salah satu koleksi bacaan anda!

Nah, inilah peluangnya! Hanya RM20 senaskah (Harga tidak termasuk kos Pos).
Sekiranya berminat dan berasa sukar (dengan pelbagai alasan) untuk mendapatkan buku ini, SPECIAL OFFER! Kami dengan senang hati menawarkan khidmat penghantaran percuma jika tempahan melebihi 10 buah buku bagi mereka yang berada di kawasan Kajang / Bangi / Serdang sahaja.

Berkongsi Ilmu, Mencari Ukhuwwah sambil ber OnlineBisnes..


Salam Dedikasi,

0 comments:

Post a Comment

Buku

 

Template by NdyTeeN